Sabtu, 21 November 2009

Tak Bersalah

your words left
Pada suatu hari, Hanani menemani ibu ke pasar raya untuk membeli beberapa keperluan rumah.Sampai sahaja di sana dia telah meminta kebenaran ke tempat menjual alat elektronik untuk melihat MP3 yang dia mahukan.Setelah mendapat kebenaran dia meluru ke tempat tersebut.Dia sangat teruja kerana MP3 yang dia mahukan itu sudah ada stok.Terus dia memberitahu ibunya.Sukanya dia ibunya bersetuju untuk membelikan MP3 itu kerana dia telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.Setelah membayar dia dan ibunya pun berjalan keluar daripada pasar raya itu.Sebaik sahaja dia berjalan alat pengesan yang terletak di pintu masuk berbunyi.Semua orang memandang dia dan ibunya.Pelik betul tiba-tiba sahaja berbunyi.Terus pengawal keselamatan mendapatkan mereka dan memeriksa barang-barang yang mereka beli.Setelah dipereksa ternyata ada tanda harga yang tidak dibuka.Buat malu mereka sahaja,semua orang tengok macam mereka ini pencuri pula.Setelah memeriksa barangan mereka rupanya tanda harga tidak dibuka oleh juruwang.Memalukan mereka sahaja,ramai pula tu yang melihat.
Sudi-sudilah komen ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

-Jangan lupe tinggalkan comment awk kat sini...
-Jangan buat2 lupe sudah lah...
-SATU pon jadilah...